By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

(Video) Tutorial DIY Sensory Bags  Assalamualaikum semua, Kali ni Kak Limah akan berkongsi cara untuk buat sendiri mainan yang bol...

(Video) Tutorial DIY Sensory Bags

(Video) Tutorial DIY Sensory Bags 


Assalamualaikum semua,


Kali ni Kak Limah akan berkongsi cara untuk buat sendiri mainan yang boleh membantu perkembangan anak. Dari bayi lagi dah boleh bagi ni untuk perkembangan deria sentuhan terutamanya.

Mainan kali ni ialah SENSORY BAGS. Dalam tu terpulang pada kita nak letak apa asalkan bukan benda tajam. Benda tajam kang bahaya,tembus pulak plastik. Bolehla letak beras,kekacang pelbagai warna,gula,pasir,daun kering,guli,manik,kapas dan sebagainya.



Kebaikannya:-



  • Membantu perkembangan anak-anak dari segi kordinasi mata dan tangan.
  • Menggunakan hampir kesemua deria anak-anak terutama sentuhan,anak-anak memang sangat suka belajar melalui sentuhan.
  • Bukan aktiviti yang tersusun, bagus untuk menggalakkan rasa ingin tahu dan "explore" dalam diri anak tanpa sekatan.
  • Meningkatkan keyakinan diri. Selalu menggalakkan anak-anak bereksperesi.
  • Kemahiran bahasa,sambil main sambil dapat kenalkan anak dengan perkara baru.
  • Bagus untuk sesi mengenal sesuatu perkara baru.


Selamat menonton

Kak Limah
Top Reseller Garlic Balm.
IG: by_norhalimahby_norhalimah

0 ulasan: